Templat:Infobox anthem Das Lied der Deustchen ialah lagu kebangsaan Jerman. Lagu ditulis oleh Joseph Haydn dengan seni kata oleh August Heinrich Hoffmann von Fallersleben pada 26 Ogos 1841. Pada masa itu, melodi yang sama digunakan untuk lagu kebangsaan Austria, Gott erhalte Franz den Kaiser (Tuhan selamatkan Maharaja Franz).

Fallersleben telah menulis "Das Lied der Deutschen" sewaktu negara Jerman merupakan pecahan beberapa kerajaan dan wilayah yang belum bersatu. Menerusi lagu ini, Fallersleben meluahkan keinginan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan teguh. Baris pertama lagu tersebut, "Deutschland, Deutschland über alles, über alles in der Welt" (Jerman, Jerman atas segala; Atas segala di dunia) dianggap sebagai rayuan kepada golongan bangsawan pada masa itu untuk mencipta sebuah negara Jerman yang bersatu.

Setelah Perang Dunia Pertama, kesemua tiga rangkap lagu "Das Lied der Deustchen" dinyanyikan sebagai lagu kebangsaan Jerman. Pada Perang Dunia Kedua, pihak propaganda Kuasa Bersekutu menyebarkan pandangan bahawa perkataan "über Alles" (atas segala) pada baris pertama jelas menunjukkan sikap Jerman yang agresif dan suka mengambil jalan peperangan. Oleh sebab itu, sehingga hari ini, lagu tersebut dipandang serong oleh mereka yang terjejas oleh Perang Dunia Kedua.

Diharamkan setelah 1945 (akhir Perang Dunia II), "Das Lied der Deutschen" dikembalikan sebagai lagu kebangsaan negara Jerman Barat. Setelah Jerman Barat dan Jerman Timur bersatu pada 3 Oktober 1990, hanya rangkap ketiga digunakan sebagai lagu kebangsaan negara baru itu. Rangkap pertama dan kedua tidak diharamkan tetapi tidak dinyanyikan di majlis-majlis rasmi.